---------* kAta - kAtA *----------

Aku Bagaikan Laut Di Pantai, Nampak Cantik Indah Di Pandang, Namun Masih Ada Kekurangannya... Pasang & Surut Tidak Kira Masa, Seperti Kehidupanku Selama Ini, Ada Naik & Turunnya...

Tuesday, August 9, 2011

~ M. A. I. D. ~


Masa kecik-kecik dulu aku selalu berangan, bla aku malas nk belajar, aku terpikir nak kawin ngan anak jutawan mudalaa, jadi org gaji kat rumah org kaya yg ade ank lelaki yg kacak2 then kawen ngan ank diorg.. hahahha... bdk2 kecik bersama angan2 mat jeninnya..

so, dipendekkan cite, masa aku jln2 ngan kakak aku g popular aku jumpe buku ni... M.A.I.D... tajuk pun dah tau cter pasal apekan..... aku tertarik ngan Novel tulisan Suri Ryana ni , slh satunya sbb mcm aku ckp td, ade kene mengena ngan angan2 aku msa kecik... hehehehee.....
and jln cite die pun agak menarik dan yg lainnya novel ni ngan novel yg lain sbb penulis hanya memsukkan sedikit kisah sedih dlm keseluruhan cite.. banyak kepada kisah cinta diantara hero ngan heroin... hehhee...

ini sinopsis Novel M.A.I.D:

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?





p/s: kasih dan sayang ini hanya utk mu buat selamanya.......

0 luahkan isi hatimu: